Khasiat Pokok Ketumpang Air :
Ketumpang air atau sirih cina merupakan tanaman herba yang kaya dengan khasiat. Namun, ramai yang beranggapan tanaman ini adalah rumpai liar kerana ia tumbuh di celah-celah tanaman yang lain. Hakikatnya, tanaman herba ini mempunyai kandungan asid amino, lysine, leucine dan isoleucine yang tinggi dan pelbagai lagi. Antara penyakit yang berupaya dirawat dengan menjadikan pokok ketumpang air ini sebagai ramuan adalah seperti :
- Merawat gout
- Penawar sakit sendi dan sakit perut
- Jus perahannya mampu megelakkan jangkitan pada mata
- Mengubati dan meredakan cirit-birit
- Meredakan batuk
- Meredakan demam (ramas dengan sedikit air, sapukan di kepala)
- Merawat buasir
- Melegakan selsema
- Merawat jangkitan pada pundi kencing
- Merawat kayap
- Altenatif rawatan kepada ubatan penyakit darah tinggi
- Merawat kencing manis
Sediakan 15 helai daun ketumpang air dan dicuci sehingga bersih. Kemudian, tumbuk sehigga lumat. Tempelkan ramuan tersebut pada bahagian dahi pesakit. Cara lain, rebus 2 pokok ketumpang air yang telah dibersihkan bersama 300 ml air. Saiz pokok yan sesuai antara 7 hingga 10 cm tinggi. Apabila air rebusan tersisa sebanyak 1 gelas, tutup api dapur dan biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum. Amalkan sehari dua kali sehingga pulih.
Merawat bisul, jerawat dan penyakit kulit
Sediakan dua rumpun pokok ketumpang air berukuran 7 hingga 10 cm tinggi dan dicuci sehingga bersih. Rebus dengan 300 ml air sehingga tersisa satu gelas air. Minum air rebusan ketika masih hangat atau panas (suam). Diamalkan dua kali sehari dalam kadar yang sama setiap hari.
Sakit Perut
Sediakan beberapa rumpun pokok ketumpang air dan dicuci sehingga bersih. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan sediakan sehelai kain untuk perahan. Minum air perahan tersebut.
Mengubati luka terbakar atau melecur
Sediakan beberapa rumpun pokok secukupnya bergantung kepada keperluan saiz luka. Bersihkan dan tumbuk pokok ketumpang air tersebut sehingga lumat. Tempelkan bahan yang telah dilumatkan tadi pada permukaan luka da tutup dengan kain. Iarkan tempelan luka sepenuhnya dan ulang beberapa kali sehingga luka tersebut betul-betul sembuh.
Merawat buah pinggang
Sediakan dua rumpun pokok ketumpang air berukuran 7 hingga 10 cm dan dicuci sehingga bersih. Rebus dengan 300ml air sehingga tersisa segelas air. Minum air rebusan ketika masih panas (suam). Amalkan dua kali sehari dalam kadar yang sama setiap hari. Perlu membuat ramuan yang baru setiap kali melakukan pengubatan.
Selain itu, anda boleh menghasilkan beberapa resepi menarik untuk mendapatkan khasiat yang baik daripada daun ketumpang air seperti tumis air, goreng belacan. Rasanya enak seperti kangkung atau dijadikan sebagai ulam.
Maka, selepas ini jika ternampak tanaman ini tumbuh di dalam pasu atau di atas batas tanaman, jangan dibuang. Sebaliknya, tanam tanaman ini kerana ia sangat bemanfaat dan amat mudah dibiakkan.
No comments:
Post a Comment