Khasiat Belalai Gajah - Mohd Daharudin bin Haji Daud bin Haji Yusoff

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, 1 January 2020

Khasiat Belalai Gajah

Khasiat Belalai Gajah
Daun Belalai Gajah ( Sabah Snake Grass ) atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans ialah sejenis herba popular dalam perubatan tradisional Thai dan China. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila ditiup angin.

Tumbuhan ini datang dari keluarga acanthaceae, boleh membiak melalui keratan batang. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis,pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi.


Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah ini telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi untuk mengatasi sel – sel kanser dan mengekalkan sel – sel sihat dalam tubuh manusia. Pokok herba belalai gajah adalah tidak sama dengan herba Hempedu bumi (Snake grass) atau Herba Sambung Nyawa (Gynura procumbens) kerana ianya memang berlainan. Hempedu bumi mempunyai rasa pahit dengan bunga berwarna putih sementara belalai gajah adalah rasa tawar dengan bunga merah muda. Selain boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak, herba ini juga ditanam secara komersial di beberapa negeri terutama di sekitar Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan. Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser. Kajian – kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.


Belalai Gajah merupakan sebahagian warisan budaya Melayu memiliki pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional:

- Kajian mendapati bahawa daun Belalai Gajah tidak mengandungi toksik serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
- penghidap kanser perlu memakan daun herba ini sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.
- teh daun belalai gajah paling banyak di pasaran di mana perlu dimasukkan daun teh ke dalam air panas dan minum setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.


Daun Belalai Gajah mempunyai 1001 khasiat dalam menangani pelbagai masalah penyakit termasuk penyakit kanser. Antara khasiat daun ini adalah :

1. Dalam tahun-tahun kebelakangan, terdapat ramai pesakit-pesakit kanser sembuh secara ajaib selepas pengambilan Daun Belalai Gajah telah dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar dan mencetuskan kegilaan. Oleh kerana kesan khasnya, ia mengubati pelbagai jenis kanser, termasuk limfoma, kanser hati, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, kanser payudara, kanser nasofarinks, kanser rahim, kanser ovari, leukemia, kanser otak dan kanser prostat.

2. Daun Belalai Gajah menyembuhkan dan menggantikan Sel-Sel Badan yang rosak. Selepas setiap 6 bulan menerusi proses metabolisme, lebih kurang 90% daripada sel badan akan diperbaharui selepas setiap 6 bulan. Antaranya, sel perut diperbaharui setiap 7 hari, sel kulit lebih kurang 28 hari, sel hati 180 hari, sel darah merah setiap 120 hari, dan sebagainya. Pendek kata, dalam masa lebih kurang setahun, hampir 98% daripada sel badan akan diperbaharui. Hanya dengan berbekalkan lebih 40 jenis khasiat makanan, menerusi proses-proses metabolisme dan pembaikpulihan yang bersilih ganti, bahagian-bahagian sel dan organ yang rosak akan diganti secara beransur-ansur dengan penghasilan sel-sel yang baru. Secara langsung, kebanyakan penyakit juga berkemungkinan tinggi untuk pulih sepenuhnya.

3. Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids.

4. Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino. Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

5. Ia juga mengandungi vitamin, asid amino, dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa.

6. Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral, dan lain-lain yang amat tinggi. Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebaslah yang menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan pelbagai penyakit pembunuh senyap.

7. Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan Fosforus, kalsium, magnesium dan nutrien lain dalam tumbuhan ini adalah tinggi. Oleh itu, mengamalkan pemakanan Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

8. Daun Belalai Gajah mengandungi serat mentah yang tinggi. Serat dalam usus manusia berfungsi sebagai penyerap kelembapan dan merangsang peristalsis usus.

9. Mengeluarkan  pelbagai toksin dalam badan.

10. Ia mempunyai ciri-ciri anti-kanser yang sangat kuat.

11. Hipotemia -. Untuk mengurangkan demam


Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah Menurut Perubatan Tradisional Untuk Pesakit Kanser

Masukkan setengah atau satu cawan air dalam blender dan 3 ice cube jika suka. Kemudian tambah setengah biji atau 1/4 jus lemon serta masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan. Elakkan membasuh daun tersebut dengan air paip. Selepas itu, masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang. Jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia. Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad