Tajuk
Khutbah : Hari Kekasih @ Valentine Day : Perosak Umat Islam
Hari
: Jumaat
Tarikh
: 9 Februari 2018 / 23 Jamadil Awal
1439
Tempat
: Masjid Madinatul Ilmi, Kuala Ketil
Khatib
: Ustaz Jemputan
اَلْحَمْدُ للهِ
الَّذِي أَرسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَــٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِــإِحْسَنٍ إِلَى
يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ،
فَيَا عِبَادَ
اللهِ، اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُونَ.
Sidang Jumaat
yang dirahmati Allah sekalian,
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang hadirin
sekalian, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
dengan mengerjakan segala suruh perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan
dan larangan-Nya. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan, kebahagiaan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Islam adalah agama rahmat. Islam amat menggalakkan
umatnya supaya menjadikan kasih sayang sebagai salah satu teras dalam kehidupan,
bukan sahaja sesama muslim malahan dengan orang bukan Islam bahkan dengan
makhluk-makhluk yang lain, selagi mana kasih sayang itu tidak bercanggah dengan
ketetapan syara’.
Islam menganjurkan hidup berkasih sayang ini bukan hanya
pada tempoh-tempoh tertentu dan bukannya pada hari-hari tertentu, bahkan Islam
menganjurkan kita untuk menghayati rahmat kasih sayang ini sepanjang hayat di
dunia sehingga alam selepas mati. Namun begitu, agama Islam menolak dan
mengharamkan apa jua bentuk kasih sayang dengan apa juga tema dan namanya,
sekiranya bertentangan dengan hukum syara’.
Sidang Jumaat
sekalian,
Sama ada kita sedar atau tidak,
sebenarnya dewasa ini, kita sebagai umat Islam sedang berdepan dengan berbagai
cabaran. Cabaran ini semakin hari semakin hebat dan mencabar, mencabar
keyakinan aqidah kita, mencabar pegangan syariat kita dan mencabar keindahan
akhlak kita. Dengan kepesatan teknologi yang ada, berbagai budaya buruk yang
bertentanan dengan agama Islam kia menular dan menjalar di seluruh pelusuk
negeri malahan mula menyusuk masuk ke dalam masyarakat dan keluarga kita.
Musuh-musuh Islam secara tersusun menyerang minda umat Islam, memasang
perangkap agar umat Islam terutamanya muda mudi kita terjebak dengan budaya mereka
yang sama sekali bertentangan dengan agama Islam yang suci ini.
Betapa benarnya
firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat : 120 :
أَعُوذُ بِاللهِ
مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
﴿وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ
الْيَهُودُ وَلَا النَّصَـٰـــرَىٰ حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ
هُدَى اللهِ هُوَ الْهُدَىٰ وَلَئِنِ
اتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَآءَكَ مِنَ اْعِلْمِ لا مَا
لَكَ مِنَ اللهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ﴾ (سورة البقرة : 120)
Mafhumnya :
“Orang-orang
Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai
Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
Katakanlah (kepada mereka) : Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah
petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu
(tentang kebenaran), maka tiadalah akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang
dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”.
Muslimin yang
dirahmati Allah sekalian,
Antara budaya
barat yang diagung-agungkan dan disebut dengan besar-besaran, yang boleh
memesongkan aqidah dan akhlak kita umat Islam ialah perayaan Hari Kekasih atau
Valentine Day. Hari Kekasih itu mereka sambut pada setiap empat belas Februari
setiap tahun.
Sebagai umat
Islam, bukan tanggungjawab kita untuk menghalang mereka dari meraikan budaya
mereka, tetapi kita wajib bertanggungjawab agar kita tidak turut meraikannya,
kita juga wajib memastikan mereka yang berada di bawah tanggunjawab kita tidak
turut serta dalam perayaan tersebut.
Sidang kaum
muslimin sekalian,
Untuk keharmonian
hidup bermasyarakat yang berbilang agama dalam negara kita ini, pihak berkuasa
agama tidak menghalang orang bukan Islam mengadakan sambutan hari tersebut.
Tetapi umat Islam ditegah dari menyertainya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-71 telah membincangkan
hukum orang Islam yang menyambut perayaan Hari Kekasih.
Keputusan Muzakarah
berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada
hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju
memutuskan bahawa amalan meraikan Valentine Day atau Hari Kekasih tidak pernah
dianjurkan oleh agama Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur
Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Sidang Jumaat
yang dirahmati Allah sekalian,
Sebagai ibu bapa, seharusnya kita menyayangi anak-anak
muda kita. Ibu bapa seharusnya perlu ada sifat ingin mengambil tahu, apakah
aktiviti-aktiviti yang disajikan dalam acara sambutan Hari Kekasih itu?
Mengapakah mereka beria-ia sangat ingin menyertai hari yang mereka agung-agungkan
sebagai Hari Kekasih itu? Media masa sering melaporkan, Hari Kekasih ini
dianjurkan dengan berbagai aktiviti hiburan, pelbagai acara sambutan yang tidak
bermoral. Mereka bukan sahaja menghabiskan masa malam perayaan tersebut dengan
berpasang-pasangan, bahkan mereka bergaul bebas dan ada sebahagiannya yang
terlanjur ke lembah penzinaan.
Sebenarnya, budaya ini akan memusnahkan umat Islam.
Budaya keseronokkan yang berlebihan yang melampaui batas syari’at inilah yang
amat dibimbangi oleh Rasulullah S.A.W. Daripada Abi Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu;
Rasulullah S.A.W bersabda :
سَيُصِيبُ
أُمَّتِي دَاءُ الْأُمَمِ. فَقَالُوا يَا رَسُولُ اللهِ وَمَا دَاءُ الْأُمَمِ؟
قَالَ الْأَشَرُ وَالْبَطَرُ وَالتَّدَابُرُ وَالتَّنَافُسُ فِي الدُّنْيَا
وَالتَّبَاغُضُ وَالْبُخْلُ حَتَّى يَكُونَ الْبَغْيُ ثُمَّ يَكُونَ الْهَــرْجُ.(رواه
الطبراني)
Mafhumnya ;
“Umatku akan
ditimpa penyakit-penyakit seperti yang telah menimpa umat-umat sebelumku. Rasulullah
S.A.W ditanya, apakah musibah itu, ya Rasulullah? Baginda menjawab, “Penyakit
itu ialah; budaya makan yang berlebihan, keseronokkan yang melampau, suka
berlumba merebut habuan dunia, benci membenci, amat kedekut sehingga berlaku
tindas-menindas dan peperangan”.
Sidang hadirin sekalian,
Menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama
seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari
Sepanyol, iaitu Saint Valentine. Jasa paderi ini yang telah berjaya menakluk
kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna
bagi Ratu Isabella. Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat
Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan Hari Valentine.
Kononnya hari Kekasih ini adalah untuk menunjukkan rasa sayang kepada seseorang.
Rasa cinta bagi setiap pasangan yang sedang berkasih. Persoalannya di sini,
adakah Islam membenarkan pasangan kekasih berpimpinan tangan, menari
terkinja-kinja, berpelukan dan minum arak semata-mata untuk menunjukkan rasa
sayang pada kekasihnya?
Hakikatnya, sambutan Hari kekasih ini lebih kepada
mengagungkan perayaan bukan Islam (ajaran Kristian), selain mengalakkan
perbuatan ma’siat. Secara terang ia diharamkam dalam Islam kerana menggalakkan
perlakuan sumbang yang bercanggah dengan tuntutan syara’.
Jelaslah di sini bahawa agama Islam melarang tegas
umatnya merayakan Hari kekasih ini kerana ia adalah menyerupai budaya dan cara
hidup bukan Islam disamping menggalakkan maksiat.
Sabda Nabi
S.A.W daripada Abdullah ibnu Umar :
مَنْ
تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ (رواه أبو داود)
Maksudnya:
“Sesiapa yang
menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut”.
Kaum muslimin
yang dirahmati Allah sekalian,
Dalam kesempatan yang amat berharga ini, mimbar sekali
lagi ingin menyeru sidang Jumaat sekalian, marilah kita memastikan tiada
seorang pun dari kalangan kita yang akan membiarkan anak-anak dan mereka yang
berada di bawah tanggungan kita terlibat dengan gejala mungkar ini. Semoga Allah
memelihara kita semua dan juga memelihara hidup di dunia, lebih-lebih lagi di
akhirat kelak.
أَعُوذُ بِاللهِ
مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
﴿قُلْ يَــــٰــأَيُهَا
الْكَــٰــفِرُونَ (1) لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
(2) وَلَآ أَنْتُمْ عَـــٰـــبِدُونَ مَآ
أَعْبُدُ (3) وَلَآ أَنَاْ عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ (4) وَلَآ أَنْتُمْ عَـــٰـــبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ (5) لَكُمْ دِينُكُمْ
وَلِيَ دِينِ (6)﴾
(سورة الكافرون : 1-6)
بَارَكَ اللهُ
لِي وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ اْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ
مِنَ الْأَيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلَاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَعْفِرُ
اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيمنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ، فَيَا فَوْزَ
الْمُسْتَغْفِرِينَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِينَ.
No comments:
Post a Comment