Post Top Ad
Wednesday, 10 January 2018

Surah Al Mursalaat

About Anjang Dahar
Pada tanggal 22 April, sayup-sayup kedengaran suara tangisan dari mulut seorang bayi kecil yang baru sahaja selamat dilahirkan seawal pukul 6:00 pagi di Kampung Empa, Jitra, Kedah Darul Aman. Anugerah Allah buat kedua pasangan suami isteri, Haji Daud bin Haji Yusoff dan Hajjah Siti Daharah binti Haji Yahya, yang diberi nama Mohd Daharudin bin Haji Daud dan merupakan anak yang keempat dari enam adik-beradik bagi pasangan ini.
Bermula didikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Di Raja, Alor Merah, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.
Alhamdulillah, telah berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.
Menjadikan blog sebagai medium untuk berkongsi ilmu dengan berbekalkan prinsip, “Sampaikanlah daripadaku (yakni daripada kalam Nabi Muhammad S.A.W) walaupun sepotong ayat” – mafhum hadis.
Surah Al-Mursalat (Bahasa Arab: سورة المرسلات) ialah surah ke-77 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 50 ayat. Dinamakan Al Mursalaat yang bererti "malaikat-malaikat yang diutus" diambil dari kata Al Mursalaat yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
ReplyDeleteIsi kandungan surah Al Mursalaat :
ReplyDelete1) Penegasan Allah bahawa semua yang diancamkan-Nya pasti terjadi
2) Peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum hari berbangkit
3) Peringatan Allah akan kehancuran umat-umat yang dahulu yang mendustakan nabi-nabi
4) Asal kejadian manusia dari air yang hina
5) Keadaan orang-orang kafir dan orang mukmin di hari kiamat