Resepi Nasi Arab Mandy Kambing/Ayam - Mohd Daharudin bin Haji Daud bin Haji Yusoff

Breaking

Home Top Ad

Post Top Ad

Sunday 7 January 2018

Resepi Nasi Arab Mandy Kambing/Ayam



RESEPI NASI ARAB MANDY KAMBING/AYAM

Salam semua, terima kasih kerana berhenti seketika untuk mengunjungi laman web ini. Untuk memasak nasi arab mandy bukanlah satu perkara yang susah sangat. Hanya ikuti sahaja 5 langkah di bawah ini untuk hidangan seisi keluarga lebih-lebih lagi pada Aidiladha (Hari Raya Korban) yang menjelang tiba. Nanti ada daging kambing korban bolehlah masak nasi arab mandy. Ok mari kita lihat langkah-langkah itu mudah je bak kata orang putih “it simple”. Resepi di bawah ini adalah untuk memasak nasi yang mana berasnya lebihkurang 1.5 kg.

Langkah Pertama – Penyediaan Air stok
Bahan-bahan untuk air stok :
Air (sukatan air : 1 cawan beras yang belum direndam = 1 ½ cawan air)
1 Labu bawang besar di potong dadu
4 ulas bawang putih diketuk
1 inci kulit kayu manis, 5 biji buah pelaga dan 5 kuntum bunga cengkih (bahan bahan ini telah tersedia dalam pakej “Rempah Nasi Arab Baladi Mandy“)
Ayam 1 ekor@ 1.5KG Kambing yang telah dibersihkan
Sedikit garam

Cara- caranya:
Rebus semua bahan sehingga ayam/kambing emput, kemudian sejatkan ayam@kambing tadi untuk di perap. Simpan air stok ini untuk kita memasak nasi
*Semasa membuat air stok ini disyorkan untuk merendam beras.

Ok kita dah siap langkah pertama kan , sekarang kita pergi pula langkah kedua

Langkah Kedua – Menanak Nasi
Bahan-bahannya:
1 Sudu minyak sapi/minyak masak untuk menumis ( untuk rasa yg menyelerakan disarankan mengunakan minyak sapi
1.5 beras Basmathi yang telah direndam 15-20 minit. (disyorkan menggunakan beras basmathi Faiza @ pulsar gold)
Satu labu bawang besar didadu
4@5 ulas bawang putih di ketuk.
Kayu manis , cengkih, pelage, daun bay dan ‘Lumi’ {limau kering} ini dikategorikan sebagai Rempah Kasah (telah tersedia didalam pakej “Rempah Nasi Arab Baladi”)
1 Sudu Rempah Nasi Arab Baladi Mandy
Safron/Pewarna kuning.

Cara-caranya:
Panaskan minyak sapi, tumis rempah kasar sehingga naik bau, masukkan bawang beasr dan bawang putih, tumis sehingga layu kekuningan.
Masukkan daun bay dan lumi, kacau
Tambah serbuk rempah mandy, goring sehingga naik bau, masukkan beras yang telah disejat, gaul sehingga rata.
Tuang air stok ayam/kambing dan tambahkan garam secukup rasa.
Apabila nasi telah kering, buatkan beberapa lubang kecil, titiskan air saffron/pewarna kuning. Biarkan 5 minit., katup balik nasi dan sedia untuk dihidangkan.

Seterusnya masa untuk membakar ayam/kambing. Proses ini boleh dibuat selepas kita menanak nasi atau sementara menunggu  nasi masak sepenuhnya.

Langkah ketiga – Ayam@Kambing Bakar.
Bahan-bahan :
1 Labu bawang putih ditumbuk
2 Sudu pes tomato
1 sudu rempah baladi mandy
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Perap ayam/kambing dengan bahan-bahan diatas sekurang-kurangnya 15 minit
Bakar/Panggang dengan titiskan sedikit minyak, jika tidak mahu dibakar boleh juga digoreng dengan minyak sedikit.
Sementara menunggu nasi dan ayam@kambing siap dimasak, bolehlah kita  membuat langkah seterusnya  iaitu langkah keempat dan terakhir. Dua langkah ini kami kategorikan yang paling senang dalam menyediakan hidangan nasi arab mandy. Anak-anak boleh membuatnya :-).

Langkah keempat – Salatoh

Bahan- Bahan :
2 biji mentimun @ timun jepun
4 Biji buah tomato
Daun salad ( boleh ditambah jika suka)
Daun pudina
Perahan Lemon (secukup rasa)

Cara-caranya :
Dadukan timun dan tomato seperti gambar diatas.
Hiris daun pudina.
Campur kesemua bahan diatas.
Tambah garam secukup rasa.

Apabila Salatoh telah siap dibuat sampailah kita langkah terakhir iaitu membuat Salsa/ Sambal

Langkah Kelima – Salsa/ sambal Arab

3 biji lada besar
4 biji lada kecil
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
Daun ketumbar
Garam, gula dan perahan lemon.

Cara-caranya :
Kisar semua bahan diatas dengan sedikit air
Campurkan dengan perahan limau

Ok, semua sudah siap sedia untuk dihidangkan bagi menikmatinya, mudah je kan nak masak nasi arab mandy..

Sumber dari : http://nasiarab.com.my

6 comments:

  1. Salam.nak beli dimana rempah kasah dan rempah nasi mandy baladi tuan ustaz

    ReplyDelete
  2. Salam.nak beli dimana rempah kasah dan rempah nasi mandy baladi tuan ustaz

    ReplyDelete
  3. terima kasih sudi share resepinya.. bebila free nanti oleh la jenguk saya di resepiasia.com ye =)

    ReplyDelete
  4. Thanks for the recipe Very interesting will try by the way we have the same birthday.Move on with your studies. Insyaa Allah terus berjaya

    ReplyDelete
  5. As salam..sy nk beli rempahnye..tlg wassup 0187652997..tq

    ReplyDelete
  6. Salam mana nak beli rempahnya text saya 0172439853

    ReplyDelete

Post Bottom Ad